Wednesday, March 25, 2009

program explominda ; EVOLUSI HIJAU BERTERUSAN


aritu kelab rimbawan UPMKB (kitaorang la tu)buat program explominda yang bertemakan ''EVOLUSI HIJAU BERTERUSAN''...menarik jugak program ni...program ni lebih kepada outdoor la...kebanyakan tempat aktiviti didalam hutan.....sebenarnya kitaorang nak jugak bagi budak-budak dari kos laen untuk merasai keindahan hutan...hehe...
aktiviti yang kitaorang buat banyak sebernarnya,tak silap aku peserta di suruh untuk hidupkan api dengan menggunakan satu batang mancis sahaja (macam gambar diatas ni)...susah tau...lepas tu suh anyam apa-apa ja guna daun kelapa...pastu siang ikan....banyak la aktiviti dia...aku pon dah lupa..



pastu dah siap anyam-anyam,peserta ni plak kena gi tasik belakang (nama tempatan) untuk amek botol..dalam botol ada arahan seterusnya..aku pon tak pasti apa arahan dalam botol tu...aku bantu ja..aritu aku jadi ajk keselamatan dan kebajikan (macam salah jek)...sapa-sapa lemas,terseliuh lidah,patah hidung ka,aku punya kerja la tu...naseb baek takda yang sakit masa tu..ada la siket macampening,nak muntah...bese la tu,aktiviti ni lasak..lagi pon itu simptom bagi penyakit hamil 3 bulan..huhu...



pastu setiap peserta mesti melalui checkpoint last sekali...c.p suh peserta makan ulat....eeeyek...geli sial...ulat ni lecturer aku cakap bila dah besar jadi kumbang...huh! naseb baek aku tak makan aritu..tapi peserta kena makan gak...ulat ni orang tempatan panggil ''ulat mulong''..ulat ni dari sagu...aku tanya member aku yang makan dorang cakap sedap...aku tak pasti la sedap dia macam mana...ke sekadar nak menyedapkan hati je...huahua..



pemenang program ni dapat hamper ngan piala..gambar kat atas ni la pemenang dia...sebenarnya pemenang ni member aku gak...huahua...tahniah matyie and the geng...
terimah kasih jugak kepada kelab rimbawan sebab berjaya wat program yang best sangat...
HIDUP RIMBAWAN!!!!!!

Lawak

Di sekolah tabika....

Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....

Elak minum ketika makan....

PERUT adalah pusat kebanyakan penyakit. Pakar perubatan sependapat mengatakan ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengawal makan. Malah Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda yang bermaksud, “Setiap penyakit disebabkan oleh banyak makanan dan setiap ubat disebabkan oleh sedikit makan.”

Sememangnya terlalu banyak makan boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti sakit perut, kembung, sembelit, rasa mual, muntah atau cirit birit. Kesemuanya ini berpunca daripada makan dan tabiat makan kita. Sindrom Usus Rengsa ini menandakan berlaku ketidakseimbangan organisasi dalam usus kita.

Ada 10 simptom yang perlu diingat kerana ia menandakan kita mengalami masalah pencernaan (aktiviti enzim) iaitu:

Banyak angin (lebih kerap kentut daripada biasa)
Kembung
Cepat penat
Mudah berparut
Keradangan kulit
Berat badan bertambah dengan cepat
Sering sendawa
Pedih ulu hati
Makanan tidak hadam
Keradangan lain

Antara cara yang boleh diamalkan untuk menggalakkan kesihatan saluran pencernaan kita ialah:

Jangan makan terlalu banyak. Walaupun sudah jadi budaya kita untuk makan setiap kali keluar atau berjumpa kawan, kawallah makanan yang masuk ke dalam perut.

Kunyah makanan hingga betul-betul lumat. Kunyah makanan perlahan-lahan (sekurang-kurangnya 30 kali, dan ada hadis yang menyarankan 44 kali kunyah) sebelum makanan ditelan. Ada rahsia di sebalik saranan ini kerana makanan yang dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur dan ia sebenarnya memudahkan proses pencernaan.

Minum sebelum atau selepas makan. Elakkan minum ketika makan kerana ia akan mencairkan enzim pencernaan dalam perut. Proses pencernaan akan berlaku lebih sempurna dalam keadaan perut yang berasid. Jika terpaksa, minumlah dalam tegukan yang kecil tetapi elakkan minuman berkarbonat, soda atau minuman berais kerana menghalang pencernaan. Sebaiknya minum 10 minit sebelum makan atau sekurang-kurangnya sejam selepas makan.

Amalkan jadual ke tandas yang tetap setiap hari. Ia secara tidak langsung memberi laluan kepada badan menyingkirkan bahan toksin secara berkala dan memperbaiki persekitaran usus.

Makan lebih banyak sayur-sayuran mentah (termasuk ulam dan salad) serta buah-buahan kerana ia mengandungi banyak bahan yang boleh melancarkan proses pencernaan.

Minum air secukupnya. Air menjadi bahan pengantara yang terbaik dalam badan. Badan yang tidak cukup air secara automatik akan merangsang fungsi enzim dan mengganggu proses penghadaman. Malah anda lebih sukar ke tandas jika tidak cukup air, walaupun banyak makan sayur-sayuran atau buah-buahan.

Bersenam selalu. Senaman boleh merangsang badan mencapai fungsi sebenar dan menggalakkan proses pencernaan.

Elakkan diri daripada tekanan. Tekanan akan merangsang enzim untuk menjalankan semua fungsi metabolik dan jika ia berterusan, boleh mendatangkan masalah kepada badan.

Makan produk tenusu kultur (contohnya dadih dan keju) atau probiotik kultur tempatan.

kenagan di UPMKB terchenta...

slama 3 thn 18 hari aku kt UPMKB ni banyakla kengan aku ngan kawan2..
lg2 kenangan aku ngan awek aku..huhu...nak kata best duk UPMKB ni tak jugak..tp best gak...
eh apa aku melalut ni...yang paling best kat UPMKB ni aku rasa JABATAN PERhUTANAN je..
yang laen tu xda la best sangat..kat jabatan ni korang boleh belajar macam-macam tau..antaranya korang semestinya akan tau kepentingan hutan,hidupan liar,rekreasi,kayu kayan,dan macam-macam lagi...bukan aku nak bodek kan tapi kenyataan..orang kat UPMKB ni ramai tak suka jabatan hutan ni sebab dorang jeles sebab kitaorang best..hahhaha...lagi-lagi bahagian pengurusan..aku tak taula kenapa dorang ni badi sangat kat jabatan hutan ni...aku tau sebab kitaorang asyik trip je..tu yang dorang jeles kot...jabatan laen tak penah g trip..hahhaha...
kenangan yang aku tak boleh lupa kat sini masa KEM PERHUTANAN...huh!perasaan penat bercampurbaur dengan perasaan berahi masa kem ni...penat siot..tapi best,..kem ni untuk budak-budak perhutanan ja..kem ni ajar korang macam mana bekerjasama dalam satu kumpulan yang besar..bukan senang tau...ada yang tak kerja kumpulan tau...banyak lagi la kenangan kat kem ni....aku gelakbila nengokgambar masa kemni....suma muka tak matang lagi..
hahhaha...ramai orang kat UPMKB ni cakap kem ni tak bagi apa-apa manfaat pon,dorang sebenarnya salah...kalau korang nak tau masuk la sendiri..banyak pengalaman menarik kat sini..ada satu hari masa maen abseling,lecturer aku suh awek aku tunggu kat bawah sambut aku..malu siot..siap dorang suh jerit ''I LUV U'' kat awek aku...malu...tapi mau..hahahhahaha....

emm...kenangan ngan kawan-kawan pon best gak..kat sini la aku luah perasaan ngan kawan-kawan...suka duka ngan kawan-kawan...gadoh ngan kawan baek pon penah gak..tapi tu la asam garam kehidupan....aku sayang kawan-kawan aku....sedih sial bila tinggal kawan-kawan..dah la 3 tahun sama-sama kat sini...memang sedih gila la...aku ingat lagi 1st time sampai sini,muka selenge je...hahaha...tapi dah 3 tahun dah nampak dah kestyloan kawan-kawan kau ni..
emmm...macam-macam....
tapi takpa aku tetap sayang kawan-kawan aku...jangan lupa kat aku eh kawanku sekalian..
aku ingat lagi masa baru sampai kat cni dah kena sound ngan senior..bese la kitaorang masa tu junior lagi...tak sempat panas bontot aku kat UPMKB ni dah kena sound...takpe...ni la orang tua panggil pengalaman...

sdeh gak sebenarnya nak tinggal UPMKB ni..banyakkengan..kat sini laaku dapat ramai kawan..lagi-lagi kawan ngan budak-budak dari semenanjung malaysia ni...yela,sebab aku kan asal sabah...best kawan ngan dorang..dorang ajar aku loghat dorang..pelik-pelik..hahaha...pastu dorang ajar aku mencarut dalam loghat dorang..haha..emmm..macam-macam.. kat UPMKB ni jugak la aku belajar maen ragbi...dulu tak penah maen pon...haha...
emm..apa lagi aku nak cerita eh?banyak sebenarnya..tapi laen kali la aku cerita lagi eh...
selamat maju jaya kepada rakan-rakan ku sekalian.............